Khamis, 17 Mei 2018

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Warga SRI Al-Rahman mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 kepada semua pelajar. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan ibu dan ayah. Bittaufiq Wannajah!!



Ahad, 4 Mac 2018

Jadual Ujian Setara 1 2018

Sila klik untuk mendapatkan paparan yang lebih besar. Pihak sekolah mengambil kesempatanini untuk mnegucapkan selamat menduduki ujian dan selamat maju jaya! InsyaAllah!






Rabu, 13 September 2017

Selamat Menduduki Peperiksan UPSR 2017


Alhamdulillah, bagi tahun 2017, seramai 43 orang pelajar tahun 6 dari SRI Al-Rahman telahpun menduduki peperiksan Awam UPSR. Didoakan agar semuanya mendapat keputusan yang terbaik, InsyaAllah.



Sabtu, 20 Mei 2017

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun


Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi semua pelajar SRI Al-Rahman. Semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang, amin.
Sila KLIK pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.






Isnin, 8 Mei 2017

Minggu Bahasa SRI 2017


Alhamdulillah, ribuan syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat ruang dan masa yang telah diberikan sehingga Minggu Bahasa 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelbagai acara telah dipertandingkan bagi semua pelajar mengikut tahap masing-masing.


Sedikit kelainan pada tahun ini, bagi subjek agama, beberapa acara telah ditambah berdasarkan acara yang dipertandingkan ketika Kemahiran Amal Islami (KAMIL). Antaranya ialah Kalam Jamai'e, Khutbah Jumaat dan Nasyid.


Objektif utama Minggu Bahasa diadakan ialah untuk memberi satu kelainan di dalam proses pembelajaran dan seterusnya memupuk rasa minat pelajar kepada setiap mata pelajaran.

Semoga program pada kali ini dapat memberi lebih impak positif kepada semua pelajar, Amin ya rabbal a'lamin..

Sabtu, 6 Mei 2017

Hari Anugerah Cemerlang 2016

Ribuan dan jutaan syukur dipanjatkan kehadarat Ilahi atas kesempatan yang diberikan bagi pihak sekolah menganjurkan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2016. Bertempat di Dewan Sekolah Al-Rahman, majlis dimulakan seawal jam 8:45 pagi dengan ucapan pembukaan dan perasmian oleh Pengetua Sekolah Al-Rahman, Puan Hajjah Noraini Binti Osman.


Seramai 158 orang pelajar telah menerima anugerah pada kali ini termasuklah Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman, Sekolah Rendah Islam Al-Rahman dan KAFA Integrasi Al-Rahman.


Majlis berakhir pada pukul 12 tengahari dengan jamuan makan nasi briani kambing istimewa Al-Rahman. Semoga majlis seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa mendatang bagi meraikan lebih ramai pelajar-pelajar Al-Rahman yang cemerlang di dalam pelajaran dan peperiksaan. Amin ya rabbal a'lamin!


Ahad, 9 April 2017

KAMIL 2017: Nasyid Perempuan Tempat Ketiga


Alhamdulillah wa syukru lillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini sekali lagi direzekikan sebuah kemenangan bagi acara nasyid perempuan. Pertandingan KAMIL pada tahun ini diadakan di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding. Seramai 37 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara.

Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang telah berusaha bersunggun-sungguh. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam melatih para peserta.

Sekali lagi, tahniah kepada semua! InsyaAllah, tahun hadapan masih ada!